Hikmah Akal


Imam al-Syafie: 
-Menuntut ilmu adalah lebih baik daripada melakukan solat sunat.

-Sesiapa yang berkehendak kepada dunia, maka hendaklah ia mencari ilmu dan sesiapa berkehendak kepada akhirat juga, hendaklah ia mencari ilmu.

-Seseorang itu tidak akan berjaya di dalam menutut ilmu melainkan ia menuntut semasa dalam kemiskinan. Sesungguhnya aku pernah meminta kertas, tetapi aku sukar untuk mendapatkannya.

-Sesiapa yang menuntut ilmu, hendaklah ia mendalaminya. Tanpa ikhlas, ilmu itu akan hilang.

Imam Syafie berkata,
Perkara yang paling mulia ada tiga:
1. Berasa kaya walaupun hartanya sedikit
2. Warak ketika sunyi (bersendirian)
3. Perkataan yang hak (benar) yang diucapkan kepada orang yang diharapkan bantuannya atau ditakutinya.



----------------------------------------------

Saidina Umar r.a berkata: "Janganlah sesekali kamu membuat andaian yang tidak baik terhadap kata-kata yang keluar dari mulut saudara kamu, sedangkan kamu mempunyai jalan untuk menjadikan kata-kata tersebut difahami secara baik".


----------------------------------------------
Imam al-Jawhari menyatakan:"Setiap orang yang cerdas adalah tabib menurut bangsa Arab". 
----------------------------------------------
"Tuntutlah ilmu tanpa melalaikan ibadat. Dan beribadatlah tanpa melalaikan tuntutan mencari ilmu".
-al-Hasan al-Basri-
----------------------------------------------
"Rosaknya agama dengan tamak dan baiknya dengan sifat warak"
-al-Hasan al-Basri-
----------------------------------------------
"Janganlah kamu berdoa dengan lisanmu tetapi hatimu berpaling."
-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani-
----------------------------------------------
"Orang yang tahu tujuan pasti mengerahkan usaha."
-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani-
----------------------------------------------
"Orang yang waktunya tidak manfaat tidak bermanfaat pulalah nasihatnya."
-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani-


----------------------------------------------
"Tidaklah berguna lisan pintar tetapi hati bodoh."
-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani-


----------------------------------------------
"Jika Allah s.w.t mengharamkan hambaNya daripada keberkatan Ilmu sudah cukup untuk membuat manusia salah dalam percakapan."
-Imam Auza'i-

----------------------------------------------
Berkata Imam Malik kepada Imam Syafie ra :
“Allah SWT telah mencampakkan ke dalam hati mu akan cahaya…maka janganlah engkau padamkannya dengan maksiat.”


----------------------------------------------
"Tanpa taqwa dan kurnia Allah, kebahagiaan itu tidak akan datang dengan sendirinya."
-Mu'amma Hamidy-
----------------------------------------------
"Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka".
-Ahli Hikmah-
----------------------------------------------
"Fakir itu ialah satu cara yang boleh membawa sesorang hampir kepada Allah."
-Abu Hafis Al-Hadad-
----------------------------------------------
"Kalau anda memberi sesuatu kepada sahabatmu, bererti memberi sesuatu kepada dirimu sendiri".
-Hamka-
----------------------------------------------
"Orang yang membuangkan cinta kepada dunia akan dapat merasai cinta Allah dan mencapai cinta itu".
-Ma'ruf al-Karkil-


----------------------------------------------

Sayidina Ali k.w berkata:
Manusia ada tiga jenis, Seorang alim rabbani(yang takut kepada Allah s.w.t) dan seorang murid(pelajar) yang ingin selamat, dan selain itu rakyat jelata pengikut tiap suara seruan, condong mengikut arah angin. 

Beliau jua berkata: "Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan harta berkurangan jika dibelanjakan. Dan ulama itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada, dan ajaran mereka selalu diingat dalam hati".


----------------------------------------------
"Manusia pasti mati tetapi orang yang berilmu tetap hidup".
-Sayidina Ali k.w-


----------------------------------------------
"Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasikan, cukuplah taat kepada Allah sebagai keasikkanmu dan jika kau memerlukan pengajaran cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu".
-Sayidina Ali k.w-
----------------------------------------------
'Auf bin Abdullah rahimahullah berkata bahawa golongan ahli kebaikan berpesan antara satu sama lain dengan tiga kalimah:
1.Siapa yang beramal untuk akhirat maka Allah s.w.t akan mencukupkan urusan dunianya.
2.Siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah s.w.t maka Allah akan memperbaiki hubungannya sesama manusia.
3.Siapa yang memperbaiki hatinya maka Allah akan memperbaiki lahirnya.
----------------------------------------------

Hamid al-'Affaf rahimahullah berkata:
"Jika Allah s.w.t mahu membinasakan seseorang, maka dihukum dengan tiga keadaan. Diberinya ilmu tanpa amal, diberinya bersahabat dengan golongan soleh tetapi tidak mengikut jejak mereka serta tidak beradap terhadap mereka dan diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas".


----------------------------------------------


Fudhail bin 'Iyad rahimahullah berkata:
 "Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya'. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkanmu daripada keduanya."


----------------------------------------------


-Orang yang berhati-hati akan berjaya mencapai apa yang dicita-citakannya dan orang yang selalu berusaha berbuat baik akan mendapat kemenangan. Terburu-buru adalah kemandulan dan keinginan adalah muflis.
----------------------------------------------

-Indahnya kemenangan akan menghapus getirnya kesabaran, nikmatnya kemenangan akan menghapus semua keletihan, dan kerja yang cermat akan menghapuskan rintangan yang dihadapi.


----------------------------------------------


-Kegembiraan yang berpunca daripada dunia adalah kegembiraan anak kecil. Kegembiraan yang berpunca dari pujian yang baik adalah kegembiraan orang-orang besar. Sedangkan kegembiraan yang berpunca daripada apa yang ada disisi Allah s.w.t adalah kegembiraan para wali dan orang-orang pilihan Allah s.w.t.


----------------------------------------------

-Ubahlah kerugian-kerugian itu menjadi keuntungan. Buatlah minuman yang manis daripada buah lemon. Tambahkah kedalam air musibah itu gula sepenuh tapak tangan dan sesuaikanlah diri dengan keadaan anda.-


----------------------------------------------

-Percayalah pada diri sendiri dan janganlah bergantung kepada orang lain. Anggaplah bahawa mereka menjadi tanggungan anda dan bukan anda yang menjadi tanggungan mereka dan bahawa Allah s.w.t yang bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang yang selalu berfoya-foya.-


----------------------------------------------


Seorang ahli hikmah berkata: "Saya sibuk mensyukuri empat perkara:
1. Allah telah menjadikan seribu macam makhluk, sedang yang mulia daripada semua itu adalah anak Adam, lalu Allah menjadikan aku daripada anak Adam.
2. Allah telah melebihkan orang lelaki daripada wanita, lalu menjadikan aku lelaki.
3. Aku mengetahui bahawa orang Islam itu sebaik-baik agama, dan yang diterima oleh Allah, lalu aku dijadikan sebagai seorang Muslim.
4. Aku mengetahui bahawa umat Muhammad itu seutama-utama umat, lalu Allah menjadikan aku daripada umat Muhammad s.a.w".


----------------------------------------------


-Kebahagiaan adalah ketika jiwa telah berjaya mencapai tingkat kesempurnaannya, kemenangan adalah ketika jiwa telah mendapat buah dari amalannya, dan nasib yang baik adalah ketika dunia yang dicarinya telah mengabdi kepadanya-

-Nikmat-nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan dan jika diingkari akan lari. Dunia itu jika diperlakukan dengan huru-hara akan berlalu dan jika diperlakukan dengan bijaksana akan menipu.-



----------------------------------------------


-Sering kali kenikmatan itu akan melahirkan penyesalan, kesalahan remeh akan menghantar kepada kehinaan, kemaksiatan akan berakibatkan pada dicabutnya nikmat, dan tertawa akan berakhir dengan tangisan.


----------------------------------------------


Anjuran supaya dapat mengembangkan kemampuan kreatif ialah: 
1.Banyak membaca dan menulis
2. Banyak berbincang dan bertanya
3. Banyak melihat(mengadakan perbandingan)
4. Banyak merenung(bertafakur)


----------------------------------------------



Imam Syafie berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.


----------------------------------------------

Barangsiapa mempelajari dan mengamalkan tasawwuf tanpa fikh maka dia telah zindik, dan barangsiapa mempelajari fikh tanpa tasawwuf dia tersesat, dan siapa yang mempelari tasawwuf dan fikh dia meraih kebenaran 
- Imam Malik-


----------------------------------------------

Jalan sufi adalah jalan salaf, ulama-ulama di antara Sahabat, Tabi'een, and Tabi' at-Tabi'een. Asalnya adalah beribadah kepada Allah
 - Ibnu Khaldun-


----------------------------------------------

Dalam suratnya al-Maqasid Ciri jalan sufi ada 5: menjaga kehadiran Allah dalam hati pada waktu ramai dan sendiri, mengikuti Sunah Rasul dengan perbuatan dan kata,menghindari ketergantungan kepada orang lain,bersyukur pada pemberian Allah meski sedikit, selalu merujuk masalah kepada Allah swt.
 - Imam Nawawi- 

----------------------------------------------

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. 




Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu. 

----------------------------------------------

Imam Al-Ghazali pernah berkata:
"Cara hidup kita didunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti".


----------------------------------------------

Pendapat Hasan Al-Basri

1-  Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja  kehendak iblis.
2- Kawan-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah.
3- Mengumpulkan harta-benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah di larang oleh Al – kitab.
4- Siapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Siapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan.
5- Orang yang menggali asas dasar dunia ini akan di situ membina bangunan akhirat adalah orang yang bijak.
6- Barang siapa yang kenal Allah menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah.
7- Orang yang membuang amalan ruhaniah dan menggantikannya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegakkan cara-caranya yang jahat itu, adalah orang yang rosak.
8- Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan di hinakan oleh Allah. Siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
9- Allah berfirman dalam Al-Quran, “Aku akan ampunkan kamu dari segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”
Hasan di tanya, “Bagaimanakah kamu?“
Beliau menjawab, “Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung di dalam air."
----------------------------------------------

Kata-kata Hasan Al-Basri
1. Janganlah kamu tinggalkan amalan agamamu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu. Bahkan mereka itu mengganggu Allah.
2  Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.


----------------------------------------------

Rabiah Al Adawiyah berkata, 
“Aku malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua memiliki segala-galanya. Bahkan aku lebih senang hidup dalam keadaan begini tanpa sibuk memikirkan soal-soal dunia yang bersifat sementara.”


----------------------------------------------

Saidina  Ali Karramallahu Wajhah berkata :

 Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

 Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

 Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

 Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

 Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

 Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,  

siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, 

siapa yang hilang harga dirinya,  bererti dia tidak warak. 

Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.


----------------------------------------------


Saidina Uthman Ibnu Affan r.a berkata:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:


Hatinya selalu berniat suci
Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
----------------------------------------------

Saidina Umar Al-Khattab r.a berkata:


Orang yang banyak ketawa itu kurang kewibawaannya
Orang yang suka menghina orang lain dia juga akan dihina
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

"Bergaullah dengan manusia dengan adab dan akhlak yang baik dan berpisahlah dengan mereka dengan perbuatan".
-Saidina Umar Al-Khattab-
----------------------------------------------

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.



 2. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

3. Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.

4. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.


----------------------------------------------

Berkata Syaikh Abdul Malik, 
“Ikhlas itu bukan hanya terbatas pada urusan amalan-amalan ibadah bahkan ia juga berkaitan dengan dakwah kepada Allah. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam saja (tetap) diperintahkan oleh Allah untuk ikhlas dalam dakwahnya”.
Katakanlah, “Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Mahasuci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS. Yusuf: 108).
Yaitu dakwah hanyalah kepada Allah bukan kepada yang lainnya, dan dakwah yang membuahkan keberhasilan adalah dakwah yang dibangun karena untuk mencari wajah Allah. 
Aku memperingatkan kalian jangan sampai ada diantara kita dan kalian orang-orang yang senang jika dikatakan bahwa kampung mereka adalah kampung sunnah, senang jika masjid-masjid mereka disebut dengan masjid-masjid ahlus sunnah, atau masjid mereka adalah masjid yang pertama yang menghidupkan sunnah ini dan sunnah itu, atau masjid pertama yang menghadirkan para masyayikh salafiyyin dalam rangka mengalahkan selain mereka, namun terkadang mereka tidak sadar bahwa amalan mereka hancur dan rusak padahal mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat yang sebaik-baiknya.
Dan ini adalah musibah yang sangat menyedihkan yaitu syaitan menggelincirkan seseorang sedikit-demi sedikit hingga terjatuh ke dalam jurang sedang ia menyangka bahwa ia sedang berada pada keadaan yang sebaik-baiknya
Betapa banyak masjid yang aku lihat yang Allah menghancurkan amalannya padahal dulu jemaahnya dzohirnya berada di atas sunnah karena disebabkan rusaknya batin mereka, dan sebab berlomba-lombanya mereka untuk dikatakan bahwa jemaah masjid adalah yang pertama kali berada di atas sunnah, hendaknya kalian berhati-hati…” 


----------------------------------------------


Saidina Ali k.w :
"Aku adalah seorang hamba kepada sesiapa yang mengajarkanku walaupun satu huruf."



Saidina Ali k.w berkata lagi :
"Sesiapa yang mengajarkanku walau satu huruf maka aku adalah hambanya. Sekiranya ia mahu, dia boleh menjualku atau menjadikan aku khadamnya."

Saidina Ali k.w berkata kepada seseorang daripada sahabatnya :
" Wahai petugas! Ilmu itu lebih baik daripada harta, kerana ilmu akan memeliharamu sedang engkau terpaksa menjaga hartamu. Ilmu itu akan menjadi hakim sedang harta pula ditentukan oleh hakim. Harta akan berkurangan dengan sebab nafkah sedang ilmu pula akan subur apabila diajarkan".


----------------------------------------------

Sebahagian ulama berkata: "Bapa itu terdiri daripada tiga golongan, Pertama bapa yang mendidikmu, Kedua bapamu sendiri, Ketiga bapa yang mengajar kamu. Adapun bapa yang terbaik ialah bapa yang mengajar kamu (guru)."
----------------------------------------------
"Ilmu itu terbahagi kepada dua bahagian:
 Ilmu yang sumbernya daripada ucapan lisan (lidah),
 maka ia adalah hujjah Allah kepada anak Adam.
 Ilmu yang sumbernya dari hati, maka ia adalah ilmu yang bermanfaat."


----------------------------------------------


Tasawwuf adalah kenyataan yang tandanya adalah cinta kepada Allah dan Rasul saw, di mana sesorang meniadakan diri mereka karena tujuan mereka (Cinta), dan seseorang meniadakan dari segala sesuatu selain cinta Allah dan Rasul. Mencari ketulusan hati, menyucikan niat dan kebenaran untuk taat dalam seluruh perbuatannya.
- Imam Abul 'Ala Mawdudi-


----------------------------------------------
Di antara kata-kata Imam Ghazali :


  • Sesiapa yang telah terangkat hijab diantara diri dan hatinya, maka Allah akan membukakan baginya alam mulk dan malakut di dalam hatinya.
  • Ubat bagi hati dan pandangan basirah terhasil dengan zikir. Zikir pula merupakan pintu bagi kasyaf. Manakala kasyaf pula merupakan pintu bagi kejayaan yang besar.
  • Ilmu batin merupakan rahsia daripada rahsia-rahsia Allah yang dicampakkanNya ke dalam hati kekasih-kekasihNya
  • Al-Quran menjelaskan bahawa taqwa merupakan kunci bagi mendapat hidayah dan kasyaf. Kedua-duanya merupakan ilmu yang diperolehi tanpa perlu dipelajari
  • Sekiranya kamu melihat ulama' saling berasa irihati, hasad, tidak mahu bantu-membantu dan tidak mesra, maka ketahuilah bahawa mereka telah membeli dunia dan akhirat. Mereka termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.
  • Orang awam, apabila berzina dan mencuri adalah lebih baik bagi mereka daripada bercakap tentang sesuatu ilmu (terutama ilmu Tauhid), kerana sesiapa yang bercakap tentang sesuatu ilmu yang belum lagi mantap di dalam dadanya dan tidak mendatangkan keyakinan terhadap Allah dan agamanya, maka ia berada di dalam kekufuran tanpa disedarinya, sebagaimana seseorang yang memasuki laut yang dalam, tetapi tidak tahu berenang
  • Orang yang berdoa, tetapi tidak dimakbulkan doanya kerana tidak memenuhi syarat berdoa, samalah seperti orang yang berzikir mengingati Allah, tetapi syaitan tidak lari daripadanya kerana tidak memenuhi syarat-syarat berzikir.
  • Tidur akan mengeraskan dan mematikan hati, melainkan tidur hanya sekadar yang perlu kerana ia adalah sebab mendapat kasyaf dan mendapat rahsia-rahsia ghaib.
  • Sebab kehancuran manusi ialah sifat tamak dunia. Manakala sifat tamak kepada dunia disebabkan perut dan kemaluan. Dengan menyedikitkan makan akan memutuskan keinginan tersebut.
  • Orang yang menyangka bahawa ia telah terselamat dengan ketaqwaan bapanya, samalah seperti orang yang menyangka ia telah kenyang dengan makanan yang dimakan oleh bapanya dan merasa hilang dahaga dengan minuman yang diminum oleh bapanya.
  • Mengenal Allah, sifat-sifatNya dan PerbuatanNya tidak akan terhasil hanya dengan mengetahui ilmu Kalam (Tauhid) bahkan ia hampir menyebabkan seseorang terhijab dan terhalang daripada semuanya itu.
  • Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada syaitan-syaitan jin untuk mendapatkan keamanan. Hendaklah kamu berhati-hati dengan syaitan-syaitan manusia kerana mereka merehatkan syaitan-syaitan jin daripada keletihan melakukan penipuan dan kesesatan terhadap manusia.
  • Penyakit hasad adalah api yang membakar. Sesiapa yang disambar oleh api tersebut, maka ia kekal berada di dalam siksaan. Ingatlah, siksaan akhirat adalah lebih dahsyat.
  • Di antara dosa-dosa yang mewariskan su'ul khatimah (kesudahan yang buruk) ialah orang yang sebenarnya bukan wali tetapi mengaku wali.
  • Tidak akan kekal bersama seseorang hamba ketika mati melainkan tiga sifat; sifat hati maksudnya kebersihan hati daripada kekotoran dunia dan kemesraan dengan zikir mengingati Allah dan mencintaiNya. Kebersihan hati tidak akan terhasil melainkan dengan menahan diri daripada syahwat dunia. Kemesraan tidak akan terhasil melainkan dengan memperbanyakkan zikir, kecintaan tidak akan terhasil melainkan dengan makrifah dan makrifatullah tidak akan terhasil melainkan dengan sentiasa bertafakkur.


----------------------------------------------


Saidina Umar al-Khattab berkata:

"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan. Perhitungan yang kamu buat itu adalah lebih ringan bagi kamu. Nilailah diri kamu sebelum kamu dinilai. Bersiap sedialah kamu untuk menghadapi perbicaraan terbuka yang tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi." 



----------------------------------------------

Al-Imam Hassan Al-Basri berkata,
"Islam akan hadir pada hari kiamat sambil membelek-belek wajah setiap penganutnya, siapakah dikalangan mereka memperjuangkannya dan siapakah pula yang mensia-siakannya."
Lalu ia melintasi deretan manusia sambil berkata,"si polan ini membelaku dan yang ini mensia-siakanku didunia"sehinggalah telekannya sampai kepada Sayyidina Omar Al-Khattab seraya berkata, "Islam telah diselamatkan oleh Omar Al-Khattab lalu menjulangnya. Wahai Tuhanku! Ketika aku asing dimuka bumi, aku telah diselamatkan oleh lelaki ini (Omar Al-Khattab) apabila ia memeluk islam!".


----------------------------------------------

"Malam tidak akan memanjang, bahkan pasti berakhir dengan memancarnya sinar fajar."




    Ada baik dibaca juga.....