31 July 2012

Dimanakah kedudukan kita di sisi Allah?


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang hendak mengetahui kedudukkannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hamba di sisiNya sebagaimana hamba meletakkanNya dalam dirinya."

Ibn Ataillah berkata dalam hikmahnya yang bermaksud:
"Jika engkau ingin mengetahui kedudukanmu di sisi Allah, maka perlihatikan bahagian apakah Allah menempatkanmu."

Syeikh Zarruq berkata:
"Ini kerana setiap kedudukan mengikut kadar seseorang, jika sibuk dengan makhluk nescaya dipalingkannya, jika dihadapkan dengan amalannescaya ditolongnya dan jika dibuka bagimu pintu lima nescaya ia menghendakimu."


Petikkan dari buku
Soal jawab A-Z tentang Tasawuf tapi anda tiada tempat untuk bertanya...
Oleh Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri
Terbitan Telaga Biru.

http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=375:soal-jawab-a-z-tentang-tasawuf-tapi-anda-tiada-tempat-untuk-bertanya&catid=45:buku&Itemid=339

11 July 2012

Pesan Syeikh Qadir al-Jailani

Penjaga Pintu Hati
"Keluarlah dari pintu nafsu. Jauhilah darinya. Asingkan diri dari kekuasaan. Serahkanlah semua urusan kepada Allah. Jadilah penjaga pintu hatimu. Turutilah perintahnya untuk memasukkan hanya yang dipersilakan masuk. Janganlah memasukkan nafsu kedalam hati setelah berjaya mengelurkannya . Keluarkanlah hawa nafsu dari hati dengan memeranginya. Jangan ikut keinginannya. Jangan turuti keinginan kecuali keinginan Allah. Jangan pula berangan-angan kerana itu adalah jurang kebodohan."


Modal dan keuntungan
"Jadikanlah akhirat sebagai modal dan dunia sebagai keuntungan. Gunakanlah waktu untuk mendapatkan akhirat. Bakinya baru digunakan untuk keperluan dunia. Jangan sebaliknya, dunia sebagai modal, sementara akhirat sebagai keuntungan. Sebabnya, jika demikian, waktu yang kamu semua gunakan untuk akhirat hanyalah baki. Dalam waktu yang baki itu kadang kala kamu semua solat pun tidak memenuhi rukun; tidak rukuk dan tidak sujud."





Petikkan dari buku
Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Terbitan Al-Hidayah (2011)
http://www.hidayah.com.my/site/

Ada baik dibaca juga.....