31 May 2011

Amalan Bulan Rejab

Sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:"Lakukanlah apa sahaja amalan yang termampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu".
Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan Islam yang mempunyai banyak fadhilatnya. Syeikh Abu Bakar al Warraq berkata mengenainya. "Rejab adalah bulan menanam, Sya'ban adalah bulan menyiram dan Ramadan pula adalah bulan menuai. Sesiapa yang tidak menanam atau tidak menjaga dengan baik tanamannya akan menyesal pada hari menuai".
Oleh kerana itu sebahagian ulama menyatakan bahawa bulan Rejab adalah bulan untuk memperbanyakkan istifar, manakala Sya'ban ialah bulan memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan Ramadan pula ialah bulan memperbanyakkan bacaan Al-Quran.
Diantaranya ialah:
1.Berdoa sepanjang bulan Rejab
Digalakkan dibaca pada bulan Rejab doa yang diriwayatkan daripada Anas r.a: Bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah s.a.w berdoa yang bermaksud "Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan".

2.Beristigfar 
Sabda rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang melazimi istighfar, maka Allah mengurniakan untuknya daripada setiap kesedihan akan kejayaan,daripada kesempitan akan jalan keluar dan Allah mencurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka kepadanya".
Maksudnya: "Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkau Engkau."
(Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)

3.Membaca Surah Al Ikhlas setiap hari pada bulan Rejab
Fadhilat: Syeikh al Hannati berkata: "Sesiapa yang membaca surah al Ikhlas pada setiap hari dalam bulan Rejab iaitu pada setiap hari sebanyak sekali, maka seolah-olah segala isi tujuh petala langit dan bumi berhimpun sambil membawa pena emas untuk menulis segala pahala orang yang membacanya di atas kertas-kertas yang dibawa oleh 10 ribu ekor unta.
4.Bertasbih
1-10 Rejab sebanyak 100kali (Subhanallahil hayil Qayyum) 
"Maha Suci Allah Yang Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri.
11-20 Rejab sebanyak 100kali (Subhanallahil ahadis sa'mad
" Maha Suci Allah Yang Maha Esa lagi menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat".
21-30 Rejab sebanyak 100kali (Subhanallah hirraufi)  
" Maha Suci Allah Yang Maha Penyayang".

5.Berdoa pada malam 27 Rejab 

6.Membaca "Ahmadu rasulullah,Muhammadur rasulullah"
(Ahmad adalah utusan Allah, Muhammad adalah utusan Allah.)
menurut  Syeikh Ali al Ajhuri bahawa sesiapa membacanya sebanyak 35 kali pada hari Jumaat terakhir bulan Rejab, ketika khatib berada di atas mimbar, maka tidak akan terputus rezkinya dari dalam tangannya pada tahun itu.
-Pertikkan dari buku Amalan Bulan Rejab-

Untuk lebih lanjut sila klik
http://mahabbaturrasul.blogspot.com/2011/06/risalah-amalan-bulan-rejab.html

23 May 2011

Sekadar renungan

Al-Hasan Bin Wahab pernah berkata:"Di antara hak-hak mencintai adalah memberi maaf terhadap kesalahan teman, dan menutup mata atas kekurangannya.Itu pun jika ada".

08 May 2011

Ya Rabb....

Ya Rabb....
Demi kalimahMu...
Di jadikan kalimah yang tertinggi
Harta serta harga diri harus dibayar
Seisi dunia mengetahui pejuangan para pejuangMu
Semata mencari jalan redhaMu
Demi menjadikan keadilan ditegakkan.

Ya Rabb...
Engkau bukakan pintu langitMu
Penduduk langit menjemput para syuhadaMu
Gugur mereka bukan bermakna kecundang
Gugur mereka bukan bermakna kekalahan
Gugur mereka bukan juga bermakna pengakhiran
Tetapi Ilmu Maha Pencipta dan Maha Mengetahui
Mengatasi segala isi langit dan bumi.

Ya Rabb....
Mereka yang kufar bersorak gembira
Gugur syuhada ditangan mereka
Tetapi Engkau Maha Pencipta
Engkau mengetahui isi hati seorang hamba.




Ya Rabb...
Kini duniaMu kufar berkuasa
Islam di daulatkan sekadar nama
Bukanlah ia dapat berkuasa
Menunjukkan jalan kepada mereka
Yang mana benar yang mana palsunya
Akibat hasutan dari hamba yang durjana.




Hal Antum Muslimun?

04 May 2011

sekadar renungan

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya-Hamka

Ada baik dibaca juga.....